Monday, January 31, 2011

Imtihan

Assalamualaikum wbt

Di kala dingin subuh menerpa diri, hati mula menyerah sujud kepada Ilahi. Meminta doa dan pertolongan agar dipermudahkan menjawab peperiksaan yang bakal ditempuh dalam beberapa jam lagi.
Semoga semuanya berjalan dengan lancar dan diberikan kemudahan.

Bittaufiq wannajah fil imtihan.

Semoga orang-orang islam di Mesir mendapat pembelaan yang diinginkan.
Ameen Ya Rabb.


Friday, January 28, 2011

Sujudlah Kamu

Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah, di pagi jumaat yang penuh barakah ini, marilah kita bersama-sama mengamalkan bacaan Usrah Al-Kahf bagi mengelakkan fitnah al-masih al-dajjal.

Tatkala dahi menyembah bumi, apakah perasaan anda tatkala itu?? Tidakkah timbul dan terdetik satu perasaan yang luhur suci bahawa anda sebenarnya sedang menyembah Tuhan Yang Satu. Tiada Tuhan Yang Layak Disembah Melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah.


Sedarkah anda, bahawa setiap kali anda ditimpa kesusahan, tiada apa yang dapat menyelesaikan semua masalah tersebut melainkan anda serahkan segala-galanya kepada Allah. Segala permasalahan akan diluahkan di tikar sejadah tatkala anda sujud seorang ketika itu.

Itulah kelebihan seorang yang bergelar MUSLIM di mana ketika mana dia menghadapi kesukaran dan kesulitan, ada kuasa besar yang membantu dia kembali Yang Maha Agung. Hanya insan yang penuh keegoan dalam dirinya untuk sujud kepada Allah.

"Dan (ingatlah) ketika Kami berfirman kepada adalah dari (golongan) jin, maka dia mendurhakai perintah Tuhannya. Pantaskah kamu menjadikan dia dan keturunannya sebagai pemimpin selain Aku, padahal mereka adalah musuhmu? Sangat buruklah (iblis itu) sebagai pengganti (Allah) bagi orang yang zalim."
( Surah Al-Kahf : 50 )

Tanpa kita sedari, sekiranya kita tidak menurut perintah yang disuruh oleh kita, maka seakan-akan kita juga menjadi rakan subahat iblis yang tujuannya untuk menyesatkan manusia di dunia ini. Semoga kita semua dilindungi daripada Allah agar tidak leka dan lalai dalam menjalankan tanggungjawab kita sebagai hamba dan khalifah di muka bumi.

Wallahualam.


Mencontohi Keperibadian Rasulullah S.A.W

Assalamualaikum wbt

" Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah.
(Surah Al-Ahzab : 21)


Sebagai insan yang dikatakan beriman dengan junjungan mulia, Nabi Muhammad S.A.W, kita juga disarankan untuk mencontohi peribadi baginda. Rasulullah S.A.W hendaklah dijadikan sebagai idola dalam kehidupan kita bukanlah dengan menjadikan Ana Raffali yang mengekalkan status baju kurung pada pakaiannya, Justin Bieber yang terkenal dengan suaranya yang lantang dalam usia muda, bahkan bukan juga Lee Min Ho yang mempunyai paras rupa menarik yang mampu menggugat jiwa mana-mana wanita.i.

Sesungguhnya Rasulullah S.A.W adalah insan yang paling layak sekali mendapat tempat pertama di hati kita sebagai umatnya.Kali ini, saya nak membawa anda semua meneyulususi sifat-sifat peribadai Rasulullah yang patutdan perlu dicontohi oleh kita semua.

Antara sifat-sifat peribadi Rasulullah yang sepatutnya menjadi ikutan kita adalah :
  1. Hamba yang Bersyukur
  • Apabila baginda mendapat khabar gembira, baginda bersujud mensyukuri nikmat Allah. ( HR Tarmizi & Ibnu Majah ) 
  • Begitu hebat keperibadian Rasulullah S.A.W apabila Rasulullah masih bangun malam untuk melakukan qiyamullail sedangkan baginda sudah dijamin oleh Allah S.W.T untuk menjadi penghuni Jannatul Firdausi. 
  • Sayidatinah Aisyah ra ada meriwayatkan yang maksudnya: 'Bahawa Rasulullah saw bangun sebahagian daripada malam bersembahyang hingga bengkak kedua-dua kakinya, maka aku (Aisyah) berkata kepada baginda, mengapa Rasulullah lakukan itu semua, bukankah dosa tuan telah diampunkan oleh Allah sama ada yang terdahulu ataupun yang terkemudian? Baginda menjawab: 'Salahkah aku menjadi hamba-Nya yang bersyukur?'.'
  • Hati Rasulullah amat peka terhadap apa jua nikmat yang dikurniakan Allah. Lifaz baginda selalu melafazkan kesyukuran dan tubuh badan baginda tidak pernah letih daripada melakukan pengorbanan.
  • Baginda akan melakukan amal yang diredhai Allah S.W.T ketika baginda senang mahupun susah. Susah bukanlah menjadi penghalang untuk melakukan ibadah kepada Yang Maha Qadim malah, makin bertambah-tambah amalan yang dilakukan.
  • InsyaAllah, semoga mereka yang selalu bersyukur dan memuji akan kebesaran dan keagungan Allah S.W.T akan diberikan ganjaran yang besar di akhirat kelak.
    
     2. Sabar dan solat
  •  Apabila baginda gelisah dan mendapat sesuatu masalh baginda akan melakukan solat. (HR Ahmad & Abu Daud )
  • Allah berfirman, " Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar.(Al-Baqarah: 153)
  • Setiap ujian yang didatangkan daripada Allah SWT kepada hamba-hambanya bukanlah untuk diabaikan dan menganggap semua perkara itu menyusahkan hidup tetapi sedarlah bahawa setiap ujian yang didatangkan bertujuan untuk menaguji tahap keimanan seorang hamba.
  • Janganlah kita mengeluh dan mengadu bahawa kita tidak mampu untuk melakukan sesuatu pekerjaan sedangkan Allah tidak menguji hambanya dengan sesuatu yang tidak mampu dilakukan olehnya. Jadikan ujian yang mendatang sebagai satu inspirasi dan semangat untuk menjadikan diri kita seoarng yang lebih proaktif dan menjadi insan yang lebh cemerlang kelak.
  • Hubungan dengan Allah dan solat sebagai penghubung antara hamba dan Tuhannya banyak membantu kita semua menghadapi setiap detik kesusahan yang dialami.
  • Jiwa akan merasai dengan adanya Allah SWT di sisi dan merasakan setiap perbuatan diperhatikan.

    3.    Doa
  • Rasulullah S.A.W apabila berdoa, beliau mulai dengan berdoa untuk dirinya. (HR Abu Daud)
  • Baginda juga berdoa supaya diperelokkan akhlak, walaupun akhlak baginda adalah yang terbaik. 
  • Doa melihat cermin : ( اَللّهُمَّ  كَمَا حَسَّنْتَ خَلْقِى فَحَسّنْ خُلُقِى   Maksudnya : “Ya Allah Ya Tuhanku sebagaimana Engkau telah memperelokkankan kejadianku , maka hiasilah budi pekertiku dengan akhlak yang baik”. 
  • "Dan Engkau (Wahai Muhammad) sesungguhnya mempunyai akhlak yang tinggi." ( Al-Qalam : 4)
  • Apabila ditanyakan kepada Saidatina Aisyah r.a , bagaimanakah akhlak Rasulullah? Maka beliau menjawab, akhlah baginda adalah Al-Quran.
  • Sungguh mulianya keperibadian Rasulullah jika nak dibandingkan dengan kita sebagai umatnya.
  • Doa Rasulullah S.A.W mengenai peradaban ataupun akhlak mulia : 
  • Hendaklah kita selalu berdoa dan menjadikan doa itu sebagai perisai dan benteng kehidupan kita daripada segala kejahatan dan kemungkaran. 
     
 4.   Membaca Al-Quran
  • Al-Quran merupakan kalam Allah yang diwahyukan kepada umat Nabi Muhammad S.A.W sebagai petunjuk dan pedoman dalam kehidupan.
  • Adalah Rasulullah s.a.w. membaca al-Quran dengan lambat, apabila melewati ayat yang mengandungi tasbih, baginda bertasbih. Apabila melewati ayat yang mengandungi permohonan, naginda memohon, apabila melewati ayat yang mengandungi perlindungan, baginda meminta pertolongan. (HR Muslim). 
  • Marilah kita memperbanyakkan membaca al-quran dan seterusnya memahami setiap bait-bait yang tertulis di dalamnya. Banyak hikamh dan pengajaran yang boleh kita jadikan teladan dan rujukan.

     5.    Sambutan Hari Raya
·         Rasulullah S.A.W sebelum berangkat menunaikan soalat aidilfitri, baginda akan makan  terlebih dahulu dan jika hari aidiladha, baginda akan makan selepas solat. (HR Ahmad & Tarmizi )

     6.    Memulakan perjalanan
·         Rasulullah S.A.W sangat menyukai untuk memulakan setiap pekerjaannya dari sebelah kanan sama ada dalam bersuci, menyisir rambut dan memakai sepatu
·        
    Setiap pekerjaan juga hendaklah dimulakan dengan basmallah dan disertai    dengan bacaan doa. Maka dengan itu, setiap perbuatan yang dilakukan mendapat pahala serta mendapat keberkatan daripada Allah.

Sebagai insan yang bergelar umat nabi terakhir, iaitu Nabi Muhammad S.A.W, marilah kita sama-sama mempraktikkan sunnah nabi dalam kehidupan.

Wallahualam.

“Ke Arah Memartabatkan Sunnah Rasulullah dalam Kehidupan”

Friday, January 21, 2011

Mati Itu Pasti

17 Safar 1432/ 21 Januari  2011 

Salam Jumaat kepada semua. Semoga kita semua sentiasa diberkati oleh Allah selalu.

Alhamdulillah, pada hari ini, kita masih boleh bernafas. Kita masih diberi peluang untuk meneruskan kehidupan sebagai seorang hamba Allah di muka bumi ini.

Teringat saya kepada kata-kata seorang senior, "Siapa dekat sini, boleh jamin, bahawa esok dia tak MATI? Siapa kat sini boleh jamin, bahawa apabila dia keluar sahaja dari pintu dewan ni, dia bernafas lagi? Siapa kat sini boleh jamin, bahawa dalam sesaat dua lagi dia masih bernafas lagi?". Ya, siapalah kita untuk menentukan hidup dan matinya seorang manusia.

Kita juga manusia dan makhluk Allah yang juga menunggu saat-saat kematian yang bakal tiba.


`Setiap yang bernyawa akan merasakan mati. Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan.  Dan hanya kepada Kami lah kamu akan dikembalikan.'                   
(Surah Al Anbiyaa' : 35)

`Dan Allah sekali-kali tidak akan menangguhkan (kematian) seseorang apabila datang waktu kematiannya.  Dan Allah Maha Mengetahui terhadap apa yang kamu kerjakan.'
(SurahAl Munafiquun :  11)

`Di mana pun kamu berada, kematian akan mendapatkan kamu, sekalipun kamu berada di dalam benteng yang tinggi dan kukuh.......'                 
(Surah An Nisa' : 78)
 
Walau di mana pun kita berada, ingatlah yang perkara yang paling dekat sekali dengan kita adalah kematian. Bila- bila masa sahaja Allah berhak untuk mengambil kembali hakNYA.

"Sesungguhnya urusanNYA apabila Dia menghendaki sesuatu Dia hanya berkata kepadanya, 'Jadilah!' Maka jadilah sesuatu itu."                     
(Surah Yaasin : 82)

Pada hari ini, penghulu segala hari, marilah kita bersama-sama mengingatkan diri kita dan juga orang di sekeliling kita untuk tetap terus beramal dengan apa yang telah diajarkan oleh Allah SWT melalui baginda Nabi Muhammad SAW. Yakinkanlah diri kita dengan menjadikan kalimah "ALLAH" dalam setiap sedutan dan hembusan nafas kita. Semoga kita semua akan diberkati Yang Maha Mulia.

Ameen.


Thursday, January 20, 2011

Kecewa

Assalamualaikum wbt

Pernahkah dalam hidup anda semua, perasaan dikecewakan dan mengecewakan orang lain. Ya, saya yakin, setiap orang mesti pernah menghadapinya walaupun sekali. Perasaan kecewa tersebut boleh membuatkan kita berasa "down" yang teramat sangat sehinggakan diri tidak terasa berpijak di bumi yang nyata.

Walaupun anda pernah sekali kecewa dalam hidup, janganlah berputus asa terhadap perkara tersebut. Cuba usahakan diri untuk perbaiki kelemahan yang ada dan bukanlah menuding jari kepada orang lain atas kekecewaan yang dialami. Kemungkinan, setiap masalah yang berlaku adalah berpunca daripada diri kita sendiri. 

Ingatlah, setiap kekecewaan hendaklah diubati dengan sentiasa mengingati Yang Maha Pencipta. Allah SWT sentiasa berada di sisi hambaNYA dikala susah ataupun senang.

ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَتَطۡمَٮِٕنُّ قُلُوبُهُم بِذِكۡرِ ٱللَّهِ‌ۗ أَلَا بِذِڪۡرِ ٱللَّهِ تَطۡمَٮِٕنُّ ٱلۡقُلُوبُ 
Who have believed and whose hearts have rest in the remembrance of Allah. Verily in the remembrance of Allah do hearts find rest! (Ar-Ra'd - 28)


Rabithah




Sesungguhnya Engkau tahu bahawa hati ini telah berpadu
Berhimpun dalam naungan cintaMU
Bertemu dalam ketaatan
Bersatu dalam perjuangan
Menegakkan syariat dalam kehidupan

Kuatkanlah ikatannya kekalkanlah cintaNYA
Tunjukilah jalan-jalanNYA
Terangilah dengan cahayaMU
Yang tiada pernah padam
Ya Rabbi, bimbinglah kami

Lapangkanlah dada kami
Dengan karunia iman
Dan indahnya tawakkal padaMU
Hidupkan dengan makrifatMU
Matikan dalam syahid di jalanMU
Engkaulah pelindung dan pembela

pic : kredit to wan syazwan; jum'ah prayer at PATS Field, UNI of Surrey on 21 May 2010

Tuesday, January 18, 2011

No Caption

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah, hari ini, 14 Safar 1432H bersamaan 18 Januari 2011 saya masih diberikan nikmat untuk bernafas. Nikmat untuk terus berada di bumi asing ini untuk meneruskan pengajian. Semoga Allah memberi kesempatan kepada saya untuk menghabiskan pengajian di bumi ini dengan cemerlangnya dan bakal menjadi pendidik yang membawa perubahan dan impak yang besar kepada anak bangsa, agama dan juga negara.

Sedar tak sedar, umur juga meningkat. Kalau dahulunya meningkatnya umur, masih ada '1' lagi di depan. Tapi kini, berubah menjadi '2'. Satu anjakan yang begitu ketara dalam kehidupan seorang insan. Cuba saya selami diri, selama 20 tahun saya hidup sebagai manusia, banyak mana dosa saya, pahala saya, sumbangan saya kepada islam, bangsa dan agama.

Sebagai seorang pemudi harapan bangsa dan agama, kelebihan dan keistimewaan yang dikurniakan Allah, bukanlah hak saya seorang diri. Tetapi hendaklah juga dimanfaatkan kepada orang lain. Itulah hakikat sebenar 'erti hidup pada memberi'. Kalau dalam kehidupan kita, kita asyik menerima, dan tidak pernah memberi, maka rugilah kehidupan kita. Sedangkan dalam kehidupan ini, kita hendaklah saling berkongsi tak kira dalam apa jua perkara dari segi ilmu, harta benda, masa, tenaga dan sebagainya.

Apakah bermaknanya hidup saya, sekiranya saya hidup dalam keadaan selesa, tetapi masih ada lagi golongan yang dizalimi dan hidup dalam kongkongan masalah yang menghimpit diri. Bukankah diri saya mampu untuk membantu mereka yang di luar sana, yang masih alpa dengan godaan dunia yang mengasyikkan. Ilmu yang saya dapat, saya berharap agar tidaklah saya simpan seorang diri. Malah, saya suka untuk berkongsi bersama-sama rakan yang lain. Apalah ertinya ilmu yang diterima andai tidak diamalkan.

Di sini, saya ingin menyeru kepada rakan-rakan yang lain, untuk bermuhasabah dan menilai diri, di manakah letaknya peranan dan tanggungjawab kita sebagai seorang hamba Allah, anak, pelajar dan rakyat terhadap sesebuah negara.

Akhir kalam, hargailah erti hidup dengan memberi kerana kehidupan kita akan menjadi lebih bermakna.