Wednesday, February 9, 2011

Duhai Teman


Duhai Teman
Tahukah dikau,
Di kala aku keseorangan,
Hanya dirimu di fikiranku,
Aku memikirkan, bagaimana kisah kehidupan kita selepas ini?
Adakah kita semakin rapat, ataupun menjauhi?

Duhai Teman,
Walau susah mana jalan yang aku lalui,
Kau sentiasa berada di sisi,
Sokongan dan dorongan yang kau berikan membuatkan aku tabah mengharungi jalan ini,
Aku  menjadi semakin kuat,
Dengan adanya suntikan semangat darimu.

Duhai Teman,
Tanpa dirimu,
Aku tidak akan pernah kenal siapa diriku,
Tuhan telah mempertemukan kita untuk saling mengenali,
Saling memahami, saling mengingati, saling menyayangi,
Terima kasih teman kerana telah menyedarkan aku,
Banyak perkara yang telah aku pelajari,
Betullah kata orang, 
' Teman sejati sukar dicari'.

Duhai Teman,
Ku harapkan hubungan kita kekal begini,
Belajar dari kesilapan,
Dan perbaiki hubungan kita,
Semoga satu tujuan yang sama masih mengekalkan ikatan kita,
Tujuan DAKWAH,
Tujuan menegakkan KALIMAH ALLAH,
Tujuan membangkitkan KESEDARAN UMMAH.

Ameen Ya Rabb. Kekalkanlah akan ikatannya Ya Allah.
Terima kasih kerana memilih aku menjadi teman hidupmu.
Terima kasih PENGORBANAN.



Tuesday, February 8, 2011

Hapuskan "Penat"

Teman A : "Eh, malam ni ada bacaan yasin ke? Kalau aku tak nak pergi boleh? Penat la, kelas penuh hari ni. Assignmnet tak siap lagi. Esok nak kena hantar dah."

Teman B : " Kita malas la nak pergi circle malam ni. Seharian penat. Lepas tu, tak ada masa nak berehat"

Begitulah antara alasan-alasan yang sering kita berikan di kala Islam sangat memerlukan setiap orang untuk menjalankan tanggungjawabnya. Di manakah kita tatkala itu? Masih menghadap laptop/komputer melayan 'facebook' ataupun sedang lena dibuai mimpi?

Apabila teringat kembali, sebenarnya hidup ini tiada masa untuk berehat. Layakkah kita untuk berehat sedangkan amalan yang kita lakukan kemungkinan masih tidak cukup lagi untuk memberatkan timbangan kita di akhirat nanti.

Seribu macam alasan yang diberikan sedangkan ada sahaja masa yang boleh kitagunakan untuk mengisi hati-hati yang kosong dengan roh-roh Islam. Kita sentiasa melebihkan nafsu daripada tuntutan Allah.


Ingatlah para pejuang semua, tiada istilah "PENAT" dalam hidup anda selagi mana anda masih bernafas di atas muka bumi ini. Jangan mengeluh,jangan merungut. Lakukan segala-galanya kerana Allah, ikhlas kerana Islam. Bukti membawa perjuangan aqidah yang sebenar. Pejuang Islam tidak mudah mengaku kalah, tidak cepat berputus asa, tidak mudah tumbang di kaki musuh. Pejuang Islam hendaklah sentiasa kuat mental dan fizikal, rohani dan spiritual, kelak dapat membuka mata dunia bahawa satu masa nanti ISLAM akan tertegak seantero dunia.
 
"Life is Work, Rest is Grave, Play is Hereafter"

Wallahualam.