Tetiba terlintas di sudut hati, mengapakah misi bantuan kemanusiaan ke Gaza tidak dapat dijayakan..
Bukan kerana mereka tidak berusaha, bahkan mereka telah bersungguh-sungguh mempertahankan kebenaran dan melawan tentera zionis Israel...
Bukan kerana mereka lemah bahkan mereka yakin bahawa apa yang mereka lakukan ini adalah bukan perkara yang sia-sia dan ganjarannya adalah syurga Allah
Bukan kerana mereka tidak bersemangat, bahkan aktivis-aktivis sangat mahu menolong umat di palestine sehingga orang bukan Islam menyatakan kesanggupan mereka memberi bantuan
Mereka semua memang layak dan bersemanngat kental mengharungi segala cabaran dan dugaan
Pada hakikatnya, saya merasakan masanya belum tiba. Allah mengizinkan mereka pergi ke sana, tetapi misi itu tak dapat dilaksanakan..<" Jadilah engkau!", Maka ia terus menjadi..>(36:82)
Teringat kisah Sultan Muhammad al-Fatih, yang mana semasa perang Khandaq Nabi Muhammad S.A.W bersabda bahawa “..Constantinople (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera……” (Hadis riwayat Imam Ahmad)
Apa yang hendak cuba disampaikan di sini ialah, selepas 800 tahun berikutnya barulah apa yang disampaikan oleh kekasih Allah itu terlaksana. Bukannya mereka tidak mencuba malah telah banyak usaha yang dilakukan kerana setiap apa yang keluar dari mulut Baginda S.A.W adalah benar. Mereka berusaha sedaya upaya untuk merealisasikan kebenaran tersebut.
Kaitannya adalah, kita menginginkan Palestine bebas dari kekejaman Israel, tetapi kita tidak tahu bila, masa dan ketika saat itu akan tiba. Yang perlu kita lakukan adalah berusaha. Berusaha bukan yang sia-sia, tetapi berusaha sehingga habisnya agar dengan cara itu akan memperlihatkan Islam di mata dunia.
Marilah kita lahirkan Salahuddin Al-Ayubi yang ke-2 agar kita bersama-sama dapat membebaskan bumi barakah itu dari kecaman kejahatan Israel. Usaha untuk menjadi dan melahirkannya memerlukan satu proses yang mana, perlunya bertambah keimanan kkta kepada Allah, pergantungan kepada Allah dan segala-galanya berhubung kait dengan Yang Maha Pencipta.
Jagalah hubungan dengan ALLAH kelak Allah akan membantu kita dalam apa jua sekalipun. Selagi mana kita menolong agama Allah, selagi itulah Allah akan membantu kita. Janganlah kita hanya mengejar dunia yang sementara kelak tiada apa yang akan kita perolehi. Tetapi kerjalah akhirat kerana dunia akan turut bersama-sama mengiringi kita.
InsyaALLAH
nice post nanot. thanks atas peringtn.
ReplyDeleteyup, mungkin skrng belum masa masanya ntok bantuan itu dtg.. tp insyaAllah, someday in the future..
yup..itu adalah faktor utama mengapa misi itu tidak berjaya.ALLAH penentu segalanya.
ReplyDeletefaktor yang kedua adalah umat ISlam yang lain tidur..sibuk dengan dunia masing2..maka peristiwa inilah yang menjadi siren,alarm clock kepada kita akan realiti dunia yang sebenar.yang telah membuka mata kita siapa yahudi sebenar.lalu,kita pun mestilah menkadi muslim yang sebenar..takbir...
Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhan, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu. (2:108)
sAYA pun mengingatkan diri saya sendiri dan mengajak kita semua agar endalami Islam yang sebenar2nya dan menjadi mukmin yang digambarkan dalam Quran.TAkbir.
salam
ReplyDeletebetul,...
semua ketentuan Allah,....
sebagai hamba keyakinan, pergantungan perlulah diletakkan sepenuhnya kepada Maha Pencipta...
sahabat thank diatas peringatan,...
janganlah kita berputus asa dengan rahmatNya,..
teruskan usaha hingga keakhirnya,.....ALLAHUAKHBAR!!!