Pernahkah anda semua terfikir dan menilai erti syukur yang sebenar dalam hidup anda?
Saya membawa persoalan ini kepada anda semua untuk kita sama-sama muhasabah diri di manakah letaknya tanda kesyukuran kita kepada Allah.
Pada suatu hari, saya dan beberapa orang rakan yang lain duduk berbincang mengenai isu-isu semasa bersama dengan seorang sister. Masing-masing mengutarakan pendapat dan analogi berkaitan tentang perkara-perkara yang berlaku di sekitar hidup kita.
Selesai sahaja salah seorang daripada rakan saya usai melontarkan pendapatnya, sister tersebut langsung bertanyakan kepada kami. Apakah perkara yang paling kami syukuri sepanjang hidup kami ini? Setiap daripada kami hendaklah berkongsi dua perkara yang paling disyukuri dalam hidup kita.
Antara jawapan-jawapan yang telah diberikan ialah :
1. Sister : Perkara pertama yang saya syukuri kerana saya berpeluang berjumpa dengan anda semua dan saya bersyukur kerana dikurniakan rakan-rakan yang sangat baik.
2. Aminah (bkn nama sebenar) : Saya bersyukur kerana saya dilahirkan sebagai seorang muslim dan saya bersyukur kerana dikurniakan ibu bapa yang sentiasa mengambil berat akan kehidupan saya.
3. Aishah (bkn nama sebenar) : Saya bersyukur kerana ditemukan dengan satu hubungan yang saya kira sangat manis dan indah iaitu ukhwah. Selain itu, saya bersyukur kerana mempunyai pegangan agama untuk menjadi penyuluh hidup saya.
4. Khadijah (bkn nama sebenar) : Pertamanya, seperti yang anda semua tahu, saya adalah seorang yang sangat sibuk. Walaupun begitu, saya sentiasa ada penyolong di belakang saya yang membantu saya menyiapkan tugasan dan turut memeberi sokongan dan panduan agar saya dapat melaksanakan tugas dengan baik dan sempurna. Saya bersyukur kerana masih diberi peluang untuk bertemu dengan kamu semua.
5. Siti (bkn nama sebenar) : Saya sangat bersyukur kerana telah diberi peluang melawat Baitullah dan saya rasakan itu merupakan saat yang paling manis dalam hidup saya. Selain itu saya bersyukur kerana dikurniakan sebuah keluarga yang besar dan harmoni...
6. Nabila (bkn nama sebenar) : Perkara pertama yang saya syukuri ialah saya tidah hilang ingatan. Kenapa saya berkata demikian kerana sekiranya saya hilang ingatan barangkali saya akan mengulangi kesilapan-kesilapan yang pernah saya lakukan tanpa mengambil iktibar.
.....................................................................................................................................................
........dan jawapan-jawapan yang seterusnya sehingga sampai kepada giliran saya...
Apa yang saya jawab???
1. Saya bersyukur kerana dapat melanjutkan pelajaran ke luar negara kerana dahulunya saya tahu bahawa saya tidak layak untuk pergi ke sana. Keputusan SPM dahulu memang tidak langsung membolehkan saya mendapat peluang sebegini. Alhamdulillah.
2. Saya rasa sangat bersyukur kerana akhirnya saya telah sampai di Istana AL-Hambra. Dahulunya, saya hanya dapat melihat dari gambar sahaja tetapi kini saya diberi peluang menjejakkan kaki ke istana tersebut. Akhirnya, impian saya sudah tercapai...
Perbincangan kami tidak berhenti setakat di situ sahaja. Masih banyak lagi topik-topik yang telah kami bincangkan bersama. Usai sahaja perbincangan kami, saya mula berfkir. Masih ada perkara yang lebih penting untuk saya syukuri.
Di sini, saya senaraikan 10 perkara yang paling saya SYUKURI dalam hidup saya.
v Saya bersyukur kerana Allah belum menarik nyawa saya dan memberi peluang kepada saya untuk menebus kembali dosa-dosa yang telah saya lakukan dan memperbanyakkan amal ibadat.
v Saya bersyukur kerana dilahirkan sebagai orang Islam.
v Saya bersyukur kerana saya masih lagi dapat makan 5 kali sehari dan mempunyai tempat tinggal yang tetap dan selesa.
v Saya bersyukur kerana masih dipertemukan dengan Ramadhan kali ini.
v Saya bersyukur kerana saya diberi peluang untuk mempelajari ilmu Allah.
v Saya bersyukur kerana mempunyai ayah dan ibu sebagai pembimbing dalam kehidupan saya.
v Saya bersyukur kerana dikurniakan keluarga yang besar dan hidup dalam keadaan aman dan harmoni.
v Saya bersyukur kerana berpeluang melihat sendiri kuasa ciptaan-NYA dengan berlakunya perubahan 4 musim di luar negara dan melawat negara-negara yang dahulunya pusat perkembangan Islam.
v Saya bersyukur kerana berada di kalangan kawan-kawan yan banyak membantu dan memberikan bantuan dan sokongan kepada saya.
v Saya bersyukur kerana diberi peluang untk mengenali binatang peliharaan yang bernama kucing. Saya sayang kucing saya!
Saya sudah. Anda pula bagaimana? Sudahkah anda semua menyenaraikan perkara-perkara yang anada syukuri selama anda hidup?..Jom sama-sama kita syukuri nikmat yang telah diberikan kepada kita.
Alhamdulillah...Amin..
No comments:
Post a Comment