Friday, January 21, 2011

Mati Itu Pasti

17 Safar 1432/ 21 Januari  2011 

Salam Jumaat kepada semua. Semoga kita semua sentiasa diberkati oleh Allah selalu.

Alhamdulillah, pada hari ini, kita masih boleh bernafas. Kita masih diberi peluang untuk meneruskan kehidupan sebagai seorang hamba Allah di muka bumi ini.

Teringat saya kepada kata-kata seorang senior, "Siapa dekat sini, boleh jamin, bahawa esok dia tak MATI? Siapa kat sini boleh jamin, bahawa apabila dia keluar sahaja dari pintu dewan ni, dia bernafas lagi? Siapa kat sini boleh jamin, bahawa dalam sesaat dua lagi dia masih bernafas lagi?". Ya, siapalah kita untuk menentukan hidup dan matinya seorang manusia.

Kita juga manusia dan makhluk Allah yang juga menunggu saat-saat kematian yang bakal tiba.


`Setiap yang bernyawa akan merasakan mati. Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan.  Dan hanya kepada Kami lah kamu akan dikembalikan.'                   
(Surah Al Anbiyaa' : 35)

`Dan Allah sekali-kali tidak akan menangguhkan (kematian) seseorang apabila datang waktu kematiannya.  Dan Allah Maha Mengetahui terhadap apa yang kamu kerjakan.'
(SurahAl Munafiquun :  11)

`Di mana pun kamu berada, kematian akan mendapatkan kamu, sekalipun kamu berada di dalam benteng yang tinggi dan kukuh.......'                 
(Surah An Nisa' : 78)
 
Walau di mana pun kita berada, ingatlah yang perkara yang paling dekat sekali dengan kita adalah kematian. Bila- bila masa sahaja Allah berhak untuk mengambil kembali hakNYA.

"Sesungguhnya urusanNYA apabila Dia menghendaki sesuatu Dia hanya berkata kepadanya, 'Jadilah!' Maka jadilah sesuatu itu."                     
(Surah Yaasin : 82)

Pada hari ini, penghulu segala hari, marilah kita bersama-sama mengingatkan diri kita dan juga orang di sekeliling kita untuk tetap terus beramal dengan apa yang telah diajarkan oleh Allah SWT melalui baginda Nabi Muhammad SAW. Yakinkanlah diri kita dengan menjadikan kalimah "ALLAH" dalam setiap sedutan dan hembusan nafas kita. Semoga kita semua akan diberkati Yang Maha Mulia.

Ameen.


No comments:

Post a Comment