Tuesday, May 25, 2010

~mimpi atau realiti?~


Hidup kita adalah suatu mimpi ataupun realiti?

Mimpi sering mendatangi tidur kita. Sama ada kesudahannya akan berakhir dengan sebuah kegembiraan, kesedihan ataupun mimpi itu hanya lenyap begitu sahaja.


 Pada kita, mimpi hanyalah mainan tidur yang sering mendatangi kita apabila terlalu banyak perkara ataupun persoalan yang sering berlega-legar dalam kotak fikiran kita.

Realitinya, mimpi itu tidak akan membawa kita ke mana-mana. Mimpi yang akan terkubur begitu sahaja. Tetapi, mungkinkah mimpi itu akan bertukar menjadi realiti?

Bagaimana?


Persoalan yang mungkin hanya individu itu sahaja yang dapat menjawabnya. Kadang-kadang mimpi kita membuatkan kita berfikir, di manakah kita harus meletakkan diri kita. Kita seharusnya menjadikan mimpi itu suatu realiti. Berusaha bersungguh-sungguh tanpa mengenal erti jemu dan memastikan mimpi itu akan tercapai akhirnya. 

Berusaha dalam tidur tidak membawa apa-apa natijah. Berusahalah dalam dunia realiti, kelak Allah akan membalas segala usaha yang dilakukan. Jangan mengharapkan pada balasan, kerana jiwa kita akan menjadi kosong dan tidak merasai erti sebenar kemanisan hidup.

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

p/s : memberi perangsang kepada diri menjelang peperiksaan. Tabahlah wahai diri, berusaha sebaik mungkin. Kelak akan ada balasan yang menanti buatmu. Lakukanlah dengan ikhlas, semoga setiap apa yang dilakukan akan menjadi ibadah dalam kehidupan.

No comments:

Post a Comment