Saban hari
usia semakin meningkat
perjalanan hidup semakin berkurang
sempatkah aku???
mampukah aku???
terus berjuang di jalan ALLAH
demi menegakkan kebenaran
Sesungguhnya..
hidup ini memerlukan kesabaran
kesabaran mengatasi segalanya
hidup ini memerlukan pengorbanan
pengorbanan di jalanNYA
dengan pengorbanan barulah kita merasakan
betapa indahnya hidup sebagai hambaNYA
Ku panjatkan doa kepada ALLAH
semoga aku mampu terus melangkah
mengatur hidup menjadi lebih sempurna
menuju ke arah satu tujuan
iaitu AL-HAQ
No comments:
Post a Comment