Thursday, July 1, 2010

~10 pEniPuAn TeNtAnG iSrAeL~

Michael Collon, wartawan Belgium telah menyenaraikan 10 penipuan tentang israel yang diambil dari bukunya bertajuk "Israel, let's talk about it".

  1. Penubuhan Israel adalah sebagai reaksi terhadap pembunuhan beramai-ramai ketika Perang Dunia Kedua.Israel diwujudkan atas kelulusan daripada Kongres Zionis Pertama di Brasel,Switzerland pada 1897.
  2. Untuk menghalalkan penghijrahan besar-besaran ke Palestin, yahudi mendakwa wilayah itu adalah warisan mereka selepas diusir pada tahun 70 Masihi. Peristiwa penghijrahan beberapa abad silam tidak pernah berlaku. "Penduduk Palestin tidak pernah meninggalkan kawasan mereka" .
  3. Dakwaan mereka, Palestin tidak didiami oleh sesipa ketika Yahudi mula-mula mendudukinya. Menurut Collon, terdapat beberapa bukti dan dokumen yang menunjukkan produk pertanian Palestin dieksport ke luar negara pada abad ke-19. Perancis merupakan negara yang mendapat manfaat daripada produk pertanian Palestin pada abad itu.
  4. Ada pihak mendakwa warga Palestin meninggalkan negara mereka secara suka-rela. Ahli sejarawan Israel seperti Benny Morris dan Ilan Pappe mengatakan warga Palestin dihalau dan dilarang kembali melalui keganasan dan kekerasan.
  5. Israel didakwa satu-satunya negara demokrasi di Timur Tengah dan wajib dipertahankan. Israel bukan sahaja negara melanggar undang-undang malah satu-satunya negara yang tidak dibatasi mana-mana peraturan bagi menjelaskan sempadannya.
  6. AS didakwa cuba melindungi demokrasi di Timur Tengah melalui Israel. AS menyalurkan dana kepada Israel sebanyak RM9.7 billion setahun. Tujuan utama AS adalah untuk memastikan aliran petroleum di rantau itu tidak terganggu.
  7. AS kononnya berusaha mencapai persetujuan diantara Israel dan Palestin. Semua itu adalh pembohongan. Bekas Ketua Dasar Kesatuan Eropah (EU), Javier Solana, pernah memberitahu bahawa negara itu adalah anggota ke-21 EU. Apabila warga Palestin memilih kerajaan mereka secara demokratik, Eropah enggan mengiktirafnya, malah memberi lampu hijau kepada Israel untuk menyerang Gaza.
  8. Menganggap mana-mana pihak yang mempertikaikan sejarah Israel sebagai anti-Semit. Hujah itu digunakan untuk menutup mulut pihak yang cuba mendedahkan tembelang Israel. Hujah tersebut memusnahkan keamanan diantara pengikut pelbagai agama.
  9. Media massa mendakwa Palestin punca keganasan. Sebaliknya kata Collon, penjajahan Israel itulah keganasan sebenar kerana merampas tanah dan kediaman penduduk yang berhak.
  10. Isu sering dibangkitkan kononnya tiada jalan penyelesaian di antara Israel dan Palestin. Hakikatnya, penyelesaian boleh dicapai. Tekanan umum terhadap media massa yang enggan melaporkan kebenaran juga boleh menyumbang kepada penyelesaian sebenar di Timur Tengah.
Sumber diambil dari Harian Metro, Selasa, 29 JUN 2010.