Thursday, January 28, 2010

~SoMeTiMeS~



sometimes we laugh,sometimes we cry

sometimes we happy,sometimes we sad

sometimes we excellent,sometimes we fail

sometimes we grateful,sometimes we arrogant

sometimes we generous,sometimes we stingy

sometimes we diligent,sometimes we lazy

sometimes we remember,sometimes we forget

sometimes we agree,sometimes we deny


Saturday, January 23, 2010

~aYam???~


salam...apabila bercakap tentang ayam,mesti teringat KFC kat malaysia...
tapi,apakan daya KFC dekat sini tak halal,kecuali dekat woking.Tapi rasa dia tak sama macam kat malaysia...disebabkan dah bosan,dan ayam ini pun tak tau dah nak dimasakkan apa,jadinya jadilah dia "AYAM masak ASAM PEDAS"....

nak tau resepi dia???
ha,...senang je....

bahan-bahan:
bawang merah
bawang putih
halia
asam jawa
cili boh
ayam
air
gula/garam

cara-cara:

-potong halus-halus bawang dan halia
-tumiskan bahan-bahan yang sudah dihancur lumat bersama minyak yang panas sehingga naik bau
-masukkan cili boh dan goreng sehingga garing
-kemudian masukkan ayam,air dan air asam jawa
-garam dan gula jangan lupa letak
-nak bagi naik bau,saya letak daun kari(disebabkan tak ada daun kesum,jadi saya guna la daun kari)
-akhir skali potong buah tomato dan campurkan

SIAP!!!!!

senangkan???bukan susah pun...tak susah kalau kita berusaha..SELAMAT MENCUBA!!!

p/s:saja je letak resepi ni,dah bosan-bosan..kepada maryam sairi....bolehlah mencuba ye....hehe...

Friday, January 15, 2010

~ehmmm????~



Thursday, January 14, 2010

~KeCaNtiKkAn Vs KeGaGaHaN~

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah,Yang Maha Penyayang

Kali ini saya nak menceritakan sedikit tentang kecantikkan dan kegagahan.Apa yang sahabat-sahabat terfikir tentang 2 perkataan ini...mesti sahabat-sahabat terfikir bahawa kecantikkan itu terletak pada wanita dan kegagahan merupakan simbolik pada seorang lelaki...tapi entry kali menyongsang dari apa yg difikirkan.....info ni saya dapat dari seorang kawan..jadi saya kongsi2 la ye......

Nak tahu dimana Kecantikan Lelaki????

Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni
rohani. Lelaki yang cantik adalah:-

  • Lelaki yang mampu mengalirkan air mata untuk ingatan.
  • Lelaki yang sedia menerima segala teguran.
  • Lelaki yang memberi madu, setelah menerima racun.
  • Lelaki yang tenang dan lapang dada.
  • Lelaki yang baik sangka.
  • Lelaki yang tak pernah putus asa.

Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati. Seluruh kecantikan yang
Ada pada Nabi Muhammad adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki...


Dan dimana Kegagahan Wanita???

Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan, tetapi pada
kekuatan perasaan. Perempuan yang gagah adalah:-

  • Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan.
  • Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan.
  • Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan.
  • Perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan.


Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman. Seluruh kegagahan yang ada pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.

So,adakah kita kegagahan dan kecantikkan itu terletak dalam diri kita??? fikir-fikirkan dan renung-renung kembali diri kita......


Sabda Rasulullah S.A.W :"Sebarkanlah ajaranku walaupun satu ayat "

Firma Allah S.W.T : "nescaya Allah akan memperbaiki amal-amalmu dan mengampuni dosa-dosamu.Dan barang siapa mentaati Allah dan RasulNYa,maka sungguh,dia menang dengan kemenangan yang agung." (33:71)




Monday, January 11, 2010

~CiRi2 mU'miN~

salam...
tetibe je rasa mcm nk tulis lagi pagi ni...maklum la..lama da x update blog ni...tp blog ni masih bertuan ye....
kali ni xde apa la sgt yg nk dikongsi,cuma sedikit pengetahuan bg membina diri menjadi seorang mu'min yang sejati...

Dalam kita mencari erti sebenar kehidupan kita,kadang kala kita lupa kepada siapa PENCIPTA kita..dunia yang tak seberapa ini menyebabkan kita lalai dan leka sehingga lupa akan tanggungjawab kita sebagai hamba untuk beribadah kepadaNYA..

Sedangkan rukun islam yang 5 itu kita tak patuhi,maka apakah perintah2NYA yang lain telah kita patuhi dan hayatinya sepanjang2 perjalanan hidup kita..
justeru marilah kita sama2 muhasabah kembali dimana letaknya diri kita sebagai hambaNYA..layakkah kita menjadi hambaNYA sedangkan apa yang kita lakukan untukNYA tak setimpal dengan nikmat2 kurniaan yg telah diberikanNYA kepada kita...bersyukurlah kita dengan nikmat yg tak terkira ini..

"Dari Al-Mukhairat bin Sya'bat Radiallahuanhu berkata: Sesungguhnya Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam mendirikan sembahyang sampai bengkak kedua kakinya, lalu ditanya kepada Baginda: Wahai Rasulullah, mengapa tuan membebani dengan hal yang demikian sedangkan Allah telah pun mengampuni dosa-dosa tuan yang telah lalu dan yang akan datang? Baginda lalu menjawab: Tidak patutkan saya menjadi hamba yang bersyukur?"

Sedangkan Rasulullah S.A.W telah dijamin ke syurga,namun baginda tetap menjadi hamba yang bersyukur...sedangkan kita???fikir2 kan dan renung2 kan dimana letaknya diri kita sebagai hambaNYA...

Sebelum kita menjadi mu'min yang cemerlang,kita hendaklah memastikan ciri-ciri mu'min itu sudah sebati dalam jiwa kita...tahukah anda ciri-ciri mu'min yang sebenar?????

Apa yang ditulis kat atas tu???10 MUWASSAFAT TARBIYYAH......itulah ciri2 yang diperlukan dlm diri kita untuk melatih diri menjadi mu'min yang sebenar....
  • akhlak yang mantap
  • ibadah yang sahih
  • akidah yang sejahtera
  • mampu bekerja sendiri
  • fikiran yang berpengetahuan
  • tersusun urusannya
  • melawan nafsu
  • sihat tubuh badan
  • bermanfaat pada orang lain
  • sangat menjaga masa
sudah cukupkah 10-10 perkara tersebut dalam diri kita...????jom kita reflect balik dan bersama2 mempertingkatkan amal ibadah kita bagi melengkapkan 10 ciri2 tersebut dlm diri kita,..InsyaALLAH....
wassalam.....




Saturday, January 9, 2010

~ReSePi KeJaYaAn~

salam ukhwah...
based on tajuk entry pada kali ini,saya nak berkongsi sedikit tips2 untuk berjaya...
kejayaan yang kita nak capai bukanlah sesuatu yang mudah melainkan kita mempunyai cara yang tersendiri untuk memastikan ianya berjaya..
benarlah bahawa apa jua yang kita lakukan di atas bumi ini pasti ada terselit kesukaran mahupun cabaran yg tak terduga
sedangkan kita sendiri yang dlm proses pembelajaran pun mengatakan sesetengah subject susah...
tapi sedarkah kita bahawa ALLAH sendiri telah memaklumkan kepada hambaNYA setiap kesusahan itu pasti terdapat kemudahan/kesenangan...

"sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan"(94:6)....

so,apa yang kita tunggu lagi...jangan PUTUS ASA dan teruskan usaha......
mari kita selami dulu RESEPI untuk BERJAYA ini...


BAHAN-BAHAN:
10g kemahuan
10g kerajinan
10g usaha
10g keyakinan
10g latihan/kerja rumah
15g persediaan
15g revision
15g doa/ibadat
5g rehat

CARA MEMBUATNYA…
  1. Bahan-bahan tersebut dicampurkan dan digaulkan hingga sebati.
  2. Masukkan serbuk perasa jenama `kesungguhan' secukupnya (lagi byk lagi bagus).
  3. Otak dicairkan supaya tidak beku bagi membolehkan ia menerima bahan-bahan yg tlh dicampurkan tadi.
  4. Otak jgn dibiarkan sejuk, sebaliknya didihkan dlm minda yg tenteram.
  5. Tambahkan beberapa sudu adab sopan, hormat dan patuh kepada ibu bapa dan guru.
  6. Pastikan sifat riak tidak bercampur di dlm aduan kerana tidak bercampur di dlm adunan kerana boleh mersakkan kelazatan dan keenakanya.
  7. Keinginan bermainan harus dikurangkan kerana dikhuathiri adunan tadi dalam oven.
  8. Sementara menunggu ianya masak, bertawakallah dan banyakkan ibadat dgn ikhlas bukan utk menunjuk-nunjuk. ...
dah dapat resepi untuk berjaya???so,apa tunggu lagi...SELAMAT MENCUBA!!!!!



Sunday, January 3, 2010

~aNaLiSa~

salam...
sedar tak sedar kita da msuk ke tahun baru....
maal hijrah dan tahun masihi...
1431 n 2010
cuba kita perlihat balik diri kita selepas pelbagai dugaan yang telah kita lalui..
semoga kita dapat jadikannya iktibar dlm kehidupan kita yg akan datang.
insyaALLAH
justeru itu,saya dedikasi khas lagu ini untuk sesiapa yg mendengarnya....

Analisa by Shoutul Amal

Analisa, analisa analisa siapa kita

Adakah mengucap kalimah syahadah
Solat lima waktu puasa zakat
Pergi ke Mekah tunaikan haji
Telah dikira Muslim sejati

Sedangkan sembahyang tiada kekhusyukan
Puasa dikerja banyak kekurangannya
Keluarkan zakat kerana terpaksa
Tunai Haji untuk pangkat dan nama
Analisa, analisa, adakah Islam sempurna

Kita mengaku adanya Tuhan
Namun larangan tetap dilakukan
Ada malaikat kiri dan kanan
Tidak diendah akan kehadiran

Percaya Rasul dan para nabi
Sunnah mereka tidak dituruti
Quran dibaca tiada penghayatan
Intipatinya tidak diamalkan

Hidup akhirat engkau yakini
masih mengejar nikmat duniawi
Qadha dan Qadar telah ditentukan
Ditimpa musibah
hilang redha dan kesabaran

Analisa, analisa,
adakah Iman sempurna

Makhluk termulia di mayapada
Kerana tinggi akhlak dan taqwa
Tapi sekiranya ia tiada
Renungkanlah diri cari jawapannya

Analisa...Setinggi manakah taqwa
Analisa...Semulia manakah kita
Analisa...Adakah kita hamba kepada-Nya
tanyalah diri kita
More Shoutul Amal music on iLike