Saturday, November 27, 2010

3

  Kami bertiga semasa Sambutan Aidilfitri 2009

 Sambutan Aidiladha 2010...

Ada beza tak?????......



Tuesday, August 31, 2010

~Si DiA~

Si dia yang saya maksudkan ialah anak sedara saya yang ke-4, Mohd Hafiy bin Mohd Iswadi.
Kenapa saya bercerita tentang dia, sebab dari lahir sampai dia dah berusia 2 tahun setengah, saya telah melihat pelbagai perubahan yang berlaku terhadap dia.
Perubahan dari segi apa??
Perubahan dari segi tumbesaran, perbuatan dan percakapan.
Hari-hari saya jumpa dia sebab bila kakak saya ke sekolah, dia akan menghantar Hafiy ke rumah.

Saya berharap agar Hafiy menjadi seorang anak yang soleh, taat kepada perintah Allah dan ibu bapa.


Bergaya dengan cermin mata ibu

Macam bdk nerd pun ada jugak...nerd tapi nakal...hehehe...

gigi dah mcm gigi arnab dah..

Bila dah masuk uni balik, mesti rindu sangat kat dia...Semoga Hafiy tak melupakan makcik dia yang sorang ni...=)


Monday, August 30, 2010

~NiKaH cOnNeCtInG pEoPLe~

Perkahwinan yang membawa cinta, atau cinta yang membawa perkahwinan?

Anda yang menentukan sendiri manakah pilihan anda...

Part 1

Friday, August 27, 2010

~kEnAnGaN~

Pada saya, setiap orang mempunyai kenangan masing-masing. Hidup kita yang telah lalu adalah kenangan yang perlu disingkap untuk mengambil iktibar atas perkara yang berlaku. Sama ada yang baik ataupun yang buruk, dua-dua sangat penting dalam pembinaan diri kita.

Bercerita mengenai kenangan, kenangan yang tidak dapat saya lupakan adalah kenangan zaman persekolahan. Zaman di mana saya baru mengenal erti hidup. Belajar mencari nilai diri yang sebenar. Mencari pengalaman di samping ilmu untuk dimanfaatkan.

Gambar bersama guru biologi dari F4-F5 ( Puan Noor Rasidah Kasbi)

                                                     Puan Norliya (guru fizik dari F4-F5)

Kenapa saya ambil jurusan fizik? Sebab saya nak jadi macam teacher Liya. Cara dia mengajar membuatkan saya jatuh cinta pada fizik dan saya berharap agar suatu hari nanti saya juga mampu membuatkan anak murid saya jatuh cinta pada fizik sebagaimana saya.

Kenangan memang tak dapat dilupakan, biarlah ia tetap terus tersemat di hati dan hidup bersama kenangan tersebut.

=)

~ErTi SyUkUr~

Pernahkah anda semua terfikir dan menilai erti syukur yang sebenar dalam hidup anda?
Saya membawa persoalan ini kepada anda semua untuk kita sama-sama muhasabah diri di manakah letaknya tanda kesyukuran kita kepada Allah.

Pada suatu hari, saya dan beberapa orang rakan yang lain duduk berbincang mengenai isu-isu semasa bersama dengan seorang sister. Masing-masing mengutarakan pendapat dan analogi berkaitan tentang perkara-perkara yang berlaku di sekitar hidup kita.

Selesai sahaja salah seorang daripada rakan saya usai melontarkan pendapatnya, sister tersebut langsung bertanyakan kepada kami. Apakah perkara yang paling kami syukuri sepanjang hidup kami ini? Setiap daripada kami hendaklah berkongsi dua perkara yang paling disyukuri dalam hidup kita.
Antara jawapan-jawapan yang telah diberikan ialah :

1.       Sister : Perkara pertama yang saya syukuri kerana saya berpeluang berjumpa dengan anda semua dan saya bersyukur kerana dikurniakan rakan-rakan yang sangat baik.
2.       Aminah (bkn nama sebenar) : Saya bersyukur kerana saya dilahirkan sebagai seorang muslim dan saya bersyukur kerana dikurniakan ibu bapa yang sentiasa mengambil berat akan kehidupan saya.
3.       Aishah (bkn nama sebenar) : Saya bersyukur kerana ditemukan dengan satu hubungan yang saya kira sangat manis dan indah iaitu ukhwah. Selain itu, saya bersyukur kerana mempunyai pegangan agama untuk menjadi penyuluh hidup saya.
4.       Khadijah (bkn nama sebenar) : Pertamanya, seperti yang anda semua tahu, saya adalah seorang yang sangat sibuk. Walaupun begitu, saya sentiasa ada penyolong di belakang saya yang membantu saya menyiapkan tugasan dan turut memeberi sokongan dan panduan agar saya dapat melaksanakan tugas dengan baik dan sempurna. Saya bersyukur kerana masih diberi peluang untuk bertemu dengan kamu semua.
5.       Siti (bkn nama sebenar) : Saya sangat bersyukur kerana telah diberi peluang  melawat Baitullah dan saya rasakan itu merupakan saat yang paling manis dalam hidup saya. Selain itu saya bersyukur kerana dikurniakan sebuah keluarga yang besar dan harmoni...
6.       Nabila (bkn nama sebenar) : Perkara pertama yang saya syukuri ialah saya tidah hilang ingatan. Kenapa saya berkata demikian kerana sekiranya saya hilang ingatan barangkali saya akan mengulangi kesilapan-kesilapan yang pernah saya lakukan tanpa mengambil iktibar.
.....................................................................................................................................................
........dan jawapan-jawapan yang seterusnya sehingga sampai kepada giliran saya...
Apa yang saya jawab???
1.       Saya bersyukur kerana dapat melanjutkan pelajaran ke luar negara kerana dahulunya saya tahu bahawa saya tidak layak untuk pergi ke sana. Keputusan SPM dahulu memang tidak langsung membolehkan saya mendapat peluang sebegini. Alhamdulillah.
2.       Saya rasa sangat bersyukur kerana akhirnya saya telah sampai di Istana AL-Hambra. Dahulunya, saya hanya dapat melihat dari gambar sahaja tetapi kini saya diberi peluang menjejakkan kaki ke istana tersebut. Akhirnya, impian saya sudah tercapai...

Perbincangan kami tidak berhenti setakat di situ sahaja. Masih banyak lagi topik-topik yang telah kami bincangkan bersama. Usai sahaja perbincangan kami, saya mula berfkir. Masih ada perkara yang lebih penting untuk saya syukuri.

Di sini, saya senaraikan 10 perkara yang paling saya SYUKURI dalam hidup saya.
v  Saya bersyukur kerana Allah belum menarik nyawa saya dan memberi peluang kepada saya untuk menebus kembali dosa-dosa yang telah saya lakukan dan memperbanyakkan amal ibadat.
v  Saya bersyukur kerana dilahirkan sebagai orang Islam.
v  Saya bersyukur kerana saya masih lagi dapat makan 5 kali sehari dan mempunyai tempat tinggal yang tetap dan selesa.
v  Saya bersyukur kerana masih dipertemukan dengan Ramadhan kali ini.
v  Saya bersyukur kerana saya diberi peluang untuk mempelajari ilmu Allah.
v  Saya bersyukur kerana mempunyai ayah dan ibu sebagai pembimbing dalam kehidupan saya.
v  Saya bersyukur kerana dikurniakan keluarga yang besar dan hidup dalam keadaan aman dan harmoni.
v  Saya bersyukur kerana berpeluang melihat sendiri kuasa ciptaan-NYA dengan berlakunya perubahan 4 musim di luar negara dan melawat negara-negara yang dahulunya pusat perkembangan Islam.
v  Saya bersyukur kerana berada di kalangan kawan-kawan yan banyak membantu dan memberikan bantuan dan sokongan kepada saya.
v  Saya bersyukur kerana diberi peluang untk mengenali binatang peliharaan yang bernama kucing. Saya sayang kucing saya!

Saya sudah. Anda pula bagaimana? Sudahkah anda semua menyenaraikan perkara-perkara yang anada syukuri selama anda hidup?..Jom sama-sama kita syukuri nikmat yang telah diberikan kepada kita.

Alhamdulillah...Amin..

Wednesday, August 25, 2010

~kOsOnG~

Tuesday, August 3, 2010

~zAmAn SeKoLaH~

Sejenak saya duduk berehat, teringat akan zaman persekolahan. Zaman di mana saya mula belajar mengenal erti kehidupan. Kawan-kawan yang selalu membantu dan memberi dorongan dan sokongan di kala saya menghadapi kesusahan.

Pada setiap hujung minggu, menjelang waktu maghrib dan isya’, kami semua (pelajar lelaki dan perempuan) akan berkumpul di surau untuk menjalankan aktiviti keagamaan seperti ceramah, forum dan sebagainya. Sementara menunggu ustaz atau ustazah samapi untuk memberi ceramah, kami akan berzikir atau bernasyid bersama-sama. Antara salah satu lagu yang dinasyidkan adalah lagu yang di bawah ini. Saya kurang pasti ketika bila lagu ini diperkenalkan kepada saya. Sama ada ketika saya di tingkatan dua atau tiga.

Yang pasti lirik lagu ini telah menyentuh hati saya dan saya berharap agar saya dapat mengambil iktibar dari lagu ini untuk sepanjang hayat saya.


Tuhan,
Terimalah, ibadahku yang tidak sempurna..
Ia serba kekurangan dan banyak cacat celanya
Tapi apakan daya,
Ini yang ku mampu mempersembahkannya,
kepadaMU

Telah ku cuba,
Sepenuh hati
Tapi masih tak lagi sempurna
Aku harap dengan rahmatMu
Terimalah jua ibadahku
Aku tetap tidak jemu
Ku teruskan walau tidak meningkat
Aku tetap istiqamah

Kasihanilah aku Wahai Tuhan
Hamba yang lemah ini
KeampunanMU yang kuharapkan
Siapa lagi yang akan membelaku
Kalau engkau tidak membelanya

Aku kan hambaMU jua
Aku ciptaanMU jua
Kalau Engkau selamatkan
Engkau tidak akan rugi
KebesaranMU akan,
Tetap sempurna

Ampunilah Wahai Tuhan
SEGALA DOSAKU....

9.39pm,2/8/2010.

Thursday, July 1, 2010

~10 pEniPuAn TeNtAnG iSrAeL~

Michael Collon, wartawan Belgium telah menyenaraikan 10 penipuan tentang israel yang diambil dari bukunya bertajuk "Israel, let's talk about it".

  1. Penubuhan Israel adalah sebagai reaksi terhadap pembunuhan beramai-ramai ketika Perang Dunia Kedua.Israel diwujudkan atas kelulusan daripada Kongres Zionis Pertama di Brasel,Switzerland pada 1897.
  2. Untuk menghalalkan penghijrahan besar-besaran ke Palestin, yahudi mendakwa wilayah itu adalah warisan mereka selepas diusir pada tahun 70 Masihi. Peristiwa penghijrahan beberapa abad silam tidak pernah berlaku. "Penduduk Palestin tidak pernah meninggalkan kawasan mereka" .
  3. Dakwaan mereka, Palestin tidak didiami oleh sesipa ketika Yahudi mula-mula mendudukinya. Menurut Collon, terdapat beberapa bukti dan dokumen yang menunjukkan produk pertanian Palestin dieksport ke luar negara pada abad ke-19. Perancis merupakan negara yang mendapat manfaat daripada produk pertanian Palestin pada abad itu.
  4. Ada pihak mendakwa warga Palestin meninggalkan negara mereka secara suka-rela. Ahli sejarawan Israel seperti Benny Morris dan Ilan Pappe mengatakan warga Palestin dihalau dan dilarang kembali melalui keganasan dan kekerasan.
  5. Israel didakwa satu-satunya negara demokrasi di Timur Tengah dan wajib dipertahankan. Israel bukan sahaja negara melanggar undang-undang malah satu-satunya negara yang tidak dibatasi mana-mana peraturan bagi menjelaskan sempadannya.
  6. AS didakwa cuba melindungi demokrasi di Timur Tengah melalui Israel. AS menyalurkan dana kepada Israel sebanyak RM9.7 billion setahun. Tujuan utama AS adalah untuk memastikan aliran petroleum di rantau itu tidak terganggu.
  7. AS kononnya berusaha mencapai persetujuan diantara Israel dan Palestin. Semua itu adalh pembohongan. Bekas Ketua Dasar Kesatuan Eropah (EU), Javier Solana, pernah memberitahu bahawa negara itu adalah anggota ke-21 EU. Apabila warga Palestin memilih kerajaan mereka secara demokratik, Eropah enggan mengiktirafnya, malah memberi lampu hijau kepada Israel untuk menyerang Gaza.
  8. Menganggap mana-mana pihak yang mempertikaikan sejarah Israel sebagai anti-Semit. Hujah itu digunakan untuk menutup mulut pihak yang cuba mendedahkan tembelang Israel. Hujah tersebut memusnahkan keamanan diantara pengikut pelbagai agama.
  9. Media massa mendakwa Palestin punca keganasan. Sebaliknya kata Collon, penjajahan Israel itulah keganasan sebenar kerana merampas tanah dan kediaman penduduk yang berhak.
  10. Isu sering dibangkitkan kononnya tiada jalan penyelesaian di antara Israel dan Palestin. Hakikatnya, penyelesaian boleh dicapai. Tekanan umum terhadap media massa yang enggan melaporkan kebenaran juga boleh menyumbang kepada penyelesaian sebenar di Timur Tengah.
Sumber diambil dari Harian Metro, Selasa, 29 JUN 2010.


Tuesday, June 29, 2010

~A cHiLd'S pRaYeR~



I sometimes lie awake at night 
And wonder at the stars so bright 
I dream about my future too 
And the things that I will do 

Soon the world will count on me 
I'm the future they agree 
People depend on me somehow 
Though small and timid, I am now 

So you and I my dearest friend 
Must stand together till the end 
For we are one by Allah's grace 
No matter what our colour or race 

We must prepare ourselves today 
While we journey on our life's way 
So much there is to learn and see 
For true believers we must be 

Rap: 
Yeah, yeah. Come on. 
Yeah, yeah. Come on. 
Go forward young Muslims, wherever you are 
In the shadow of the sun or by the light of a star 
Your Supreme protector is Almighty Allah 
Go forward young Muslims wherever you are 
Go forward young Muslims we feel your pain. 
So many places, Palestine, 
People are dying, mothers are crying 
Bombs are falling from the sky, people asking why. 
The only thing that we can do is pray to God, to help them through 
But do they realize that Allah hates those who kill and despise. 
I think that's no surprise. We must rise up. 
Come on young Muslims, gotta rise up. 
Come on young Muslims. 
Together we must stand in the Masjid to pray, 
Pray for a better day, a better way 
To make this world a better place. 
Cause lets face it, it's out of control. 
We need to grab hold of each other, unite as one Ummah. 
Like back in the days of the Companions of the Prophet, 
Some were young, they were strong and they loved each other 
Brothers and sisters and they could die for one another. 
Yeah. Yeah. 
So stand up young Muslims. 
Say it out loud, it's time to be counted. 
Right here, right now. 
Yeah, right here. Come on, right now. 

O Allah we love you so 
Give us health and make us grow 
Be with us each passing day 
While we journey on life's way 


Download this song here

Thursday, June 24, 2010

~sAyA sAyAnG aWaK~

Nak beritahu ni, mereka ni datang rumah saya semalam. Punya lah rancangannya nyaris2 tak jadi disebabkan hujan. Tetapi, demi saya(ni perasan je), dengan jihadnya mereka ni sampai juga rumah saya.Apa-apa pun "SAYA SAYANG AWAK SEMUA"......


Cik Siti Nursyafiqah(jauh tu dtg dari muar), Cik Nadia Hamizah, Cik Nur Farahain, Pakcik Hafiz, Pakcik Syafiq Nasir dan Pakcik Amirudin.
eh, tertinggal lagi sorg, terima kasih kepada si anak buah saya yang comel..HAFIY..kerana melayan kawan-kawan makciknya yg comel..hehe...

SAYA SAYANG AWAK SEMUA...

tapi kan, still tak cukup forum lg, si Cik Nursyuhada tak ada. Maklumlah, busy wat part time jaga anak buah. Xpe la cik tam, bila-bila kita jumpa ye...

Dan tak lupa juga, kawan saya yang sorg ni baru dapat tawaran universiti. Ha, universiti mana?? Universiti Malaysia Sabah (UMS)..Sabah tu..xpe farah, you can do it!....korang2 yg kat sabah tu (especially amir, bell, aimi n cipah) tolong la tgk2 kan kawan kita yg sorg ni ek...


Teman farah g SMKAS..dapat juga jumpa ustaz dan ustazah di sana.Alhamdulillah....

Kawan-kawan, jangan lupa untuk berusaha sebaik mungkin. Semoga usaha kita kelak akan dibalas olehNYA..insyaALLAH...gambatte!!...

Wednesday, June 2, 2010

~Belum tiba masanya~

Tetiba terlintas di sudut hati, mengapakah misi bantuan kemanusiaan ke Gaza tidak dapat dijayakan..
Bukan kerana mereka tidak berusaha, bahkan mereka telah bersungguh-sungguh mempertahankan kebenaran dan melawan tentera zionis Israel...

Bukan kerana mereka lemah bahkan mereka yakin bahawa apa yang mereka lakukan ini adalah bukan perkara yang sia-sia dan ganjarannya adalah syurga Allah
Bukan kerana mereka tidak bersemangat, bahkan aktivis-aktivis sangat mahu menolong umat di palestine sehingga orang bukan Islam menyatakan kesanggupan mereka memberi bantuan
Mereka semua memang layak dan bersemanngat kental mengharungi segala cabaran dan dugaan

Pada hakikatnya, saya merasakan masanya belum tiba. Allah mengizinkan mereka pergi ke sana, tetapi misi itu tak dapat dilaksanakan..<" Jadilah engkau!", Maka ia terus menjadi..>(36:82)

Teringat kisah Sultan Muhammad al-Fatih, yang mana semasa perang Khandaq Nabi Muhammad S.A.W bersabda bahawa “..Constantinople (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera……” (Hadis riwayat Imam Ahmad)

Apa yang hendak cuba disampaikan di sini ialah, selepas 800 tahun berikutnya barulah apa yang disampaikan oleh kekasih Allah itu terlaksana. Bukannya mereka tidak mencuba malah telah banyak usaha yang dilakukan kerana setiap apa yang keluar dari mulut Baginda S.A.W adalah benar. Mereka berusaha sedaya upaya untuk merealisasikan kebenaran tersebut.

Kaitannya adalah, kita menginginkan Palestine bebas dari kekejaman Israel, tetapi kita tidak tahu bila, masa dan ketika saat itu akan tiba. Yang perlu kita lakukan adalah berusaha. Berusaha bukan yang sia-sia, tetapi berusaha sehingga habisnya agar dengan cara itu akan memperlihatkan Islam di mata dunia.

Marilah kita lahirkan Salahuddin Al-Ayubi yang ke-2 agar kita bersama-sama dapat membebaskan bumi barakah itu dari kecaman kejahatan Israel. Usaha untuk menjadi dan melahirkannya memerlukan satu proses yang mana, perlunya bertambah keimanan kkta kepada Allah, pergantungan kepada Allah dan segala-galanya berhubung kait dengan Yang Maha Pencipta.

Jagalah hubungan dengan ALLAH kelak Allah akan membantu kita dalam apa jua sekalipun. Selagi mana kita menolong agama Allah, selagi itulah Allah akan membantu kita. Janganlah kita hanya mengejar dunia yang sementara kelak tiada apa yang akan kita perolehi. Tetapi kerjalah akhirat kerana dunia akan turut bersama-sama mengiringi kita.

InsyaALLAH

~SaVe GaZa~

Marilah kita bersama-sama mempergiat usaha agar mereka yang sedang berjuang di jalan Allah sentiasa di bawah rahmatNYA dan memperbanyakkan usaha agar umat Islam di bumi Palestin dipelihara Allah...
Ayuh kita berusaha membentuk Salahuddin Al-Ayubi ke-2 agar dapat membebaskan Jerusalem daripada kekejaman zionis Israel....TAKBIR!!!!

POSTERRRRR

Tuesday, June 1, 2010

~MiSsiOn AcCoMpLiSh~

Pada detik dan saat itu, 2.47pm : 1 JUN 2010 ....akhirnya......


siap....!!!!!
di saat-saat menunggu waktu pukul 5 ptg untuk exam fortran, sempat lagi menyelesaikan satu misi....
ada lagi misi lain selepas ini.....


puzzle terakhir dirasmikan oleh eyka...tq eyka....!!!


Selepas ini, saya boleh menghadapi exam dengan gembiranya....

2JUN 2010/9.30 am : Mathematics 2 & 3
4 JUN 2010/9.30 am : Waves of Physics, Principle of Physics, Atoms molecules and Quanta
7JUN 2010/2.30pm : Electronics, Intoduction to Astrodynamic and Space Science, Space Time and Relativity

Sunday, May 30, 2010

~iN pRoGrEsS~



Apa ni?..Ha, ni lah puzzle yang dibeli kat carboot berharga 50 pence ataupun RM2.50...murah?? memang la, kat carboot semuanya murah-murah belaka. Nak tgk apa yang terjadi kat puzzle ni???
*
*
*
*
*
*
*
tu.......




Dah 69.9% hampir siap....kerja yang dilakukan akibat tension study untuk exam...Takpe..awak tunggu saya ye encik puzzle, habis exam je saya completekan awak nanti ye...!!!...^__^...

p/s : credit to kak farah jugak sebab tolong siapkan. Thanks kak farah....


Friday, May 28, 2010

~eXaM~



Apakah makna disebalik gambar ini????
Maksudnya, saya dah nak exam......Mampukah saya??
InsyaALLAH selepas saya Berdoa, Berusaha, Berikhtiar dan Bertawakal kepada Allah...
Semoga saya mendapat keputusan yang cemerlang.....

Doakan kejayaan saya ye kawan-kawan...Amin Ya Rabb..

Wednesday, May 26, 2010

~NiLai KeGaGaLaN~

Kesusahan dan keperitan hidup

Mengajar kita erti dewasa

Memberi peluang untuk kita dekati

Pada Allah yang sering kita lupa

Sesungguhnya nilai kegagalan lebih berharga dari kejayaan