Tuesday, August 31, 2010

~Si DiA~

Si dia yang saya maksudkan ialah anak sedara saya yang ke-4, Mohd Hafiy bin Mohd Iswadi.
Kenapa saya bercerita tentang dia, sebab dari lahir sampai dia dah berusia 2 tahun setengah, saya telah melihat pelbagai perubahan yang berlaku terhadap dia.
Perubahan dari segi apa??
Perubahan dari segi tumbesaran, perbuatan dan percakapan.
Hari-hari saya jumpa dia sebab bila kakak saya ke sekolah, dia akan menghantar Hafiy ke rumah.

Saya berharap agar Hafiy menjadi seorang anak yang soleh, taat kepada perintah Allah dan ibu bapa.


Bergaya dengan cermin mata ibu

Macam bdk nerd pun ada jugak...nerd tapi nakal...hehehe...

gigi dah mcm gigi arnab dah..

Bila dah masuk uni balik, mesti rindu sangat kat dia...Semoga Hafiy tak melupakan makcik dia yang sorang ni...=)


Monday, August 30, 2010

~NiKaH cOnNeCtInG pEoPLe~

Perkahwinan yang membawa cinta, atau cinta yang membawa perkahwinan?

Anda yang menentukan sendiri manakah pilihan anda...

Part 1

Friday, August 27, 2010

~kEnAnGaN~

Pada saya, setiap orang mempunyai kenangan masing-masing. Hidup kita yang telah lalu adalah kenangan yang perlu disingkap untuk mengambil iktibar atas perkara yang berlaku. Sama ada yang baik ataupun yang buruk, dua-dua sangat penting dalam pembinaan diri kita.

Bercerita mengenai kenangan, kenangan yang tidak dapat saya lupakan adalah kenangan zaman persekolahan. Zaman di mana saya baru mengenal erti hidup. Belajar mencari nilai diri yang sebenar. Mencari pengalaman di samping ilmu untuk dimanfaatkan.

Gambar bersama guru biologi dari F4-F5 ( Puan Noor Rasidah Kasbi)

                                                     Puan Norliya (guru fizik dari F4-F5)

Kenapa saya ambil jurusan fizik? Sebab saya nak jadi macam teacher Liya. Cara dia mengajar membuatkan saya jatuh cinta pada fizik dan saya berharap agar suatu hari nanti saya juga mampu membuatkan anak murid saya jatuh cinta pada fizik sebagaimana saya.

Kenangan memang tak dapat dilupakan, biarlah ia tetap terus tersemat di hati dan hidup bersama kenangan tersebut.

=)

~ErTi SyUkUr~

Pernahkah anda semua terfikir dan menilai erti syukur yang sebenar dalam hidup anda?
Saya membawa persoalan ini kepada anda semua untuk kita sama-sama muhasabah diri di manakah letaknya tanda kesyukuran kita kepada Allah.

Pada suatu hari, saya dan beberapa orang rakan yang lain duduk berbincang mengenai isu-isu semasa bersama dengan seorang sister. Masing-masing mengutarakan pendapat dan analogi berkaitan tentang perkara-perkara yang berlaku di sekitar hidup kita.

Selesai sahaja salah seorang daripada rakan saya usai melontarkan pendapatnya, sister tersebut langsung bertanyakan kepada kami. Apakah perkara yang paling kami syukuri sepanjang hidup kami ini? Setiap daripada kami hendaklah berkongsi dua perkara yang paling disyukuri dalam hidup kita.
Antara jawapan-jawapan yang telah diberikan ialah :

1.       Sister : Perkara pertama yang saya syukuri kerana saya berpeluang berjumpa dengan anda semua dan saya bersyukur kerana dikurniakan rakan-rakan yang sangat baik.
2.       Aminah (bkn nama sebenar) : Saya bersyukur kerana saya dilahirkan sebagai seorang muslim dan saya bersyukur kerana dikurniakan ibu bapa yang sentiasa mengambil berat akan kehidupan saya.
3.       Aishah (bkn nama sebenar) : Saya bersyukur kerana ditemukan dengan satu hubungan yang saya kira sangat manis dan indah iaitu ukhwah. Selain itu, saya bersyukur kerana mempunyai pegangan agama untuk menjadi penyuluh hidup saya.
4.       Khadijah (bkn nama sebenar) : Pertamanya, seperti yang anda semua tahu, saya adalah seorang yang sangat sibuk. Walaupun begitu, saya sentiasa ada penyolong di belakang saya yang membantu saya menyiapkan tugasan dan turut memeberi sokongan dan panduan agar saya dapat melaksanakan tugas dengan baik dan sempurna. Saya bersyukur kerana masih diberi peluang untuk bertemu dengan kamu semua.
5.       Siti (bkn nama sebenar) : Saya sangat bersyukur kerana telah diberi peluang  melawat Baitullah dan saya rasakan itu merupakan saat yang paling manis dalam hidup saya. Selain itu saya bersyukur kerana dikurniakan sebuah keluarga yang besar dan harmoni...
6.       Nabila (bkn nama sebenar) : Perkara pertama yang saya syukuri ialah saya tidah hilang ingatan. Kenapa saya berkata demikian kerana sekiranya saya hilang ingatan barangkali saya akan mengulangi kesilapan-kesilapan yang pernah saya lakukan tanpa mengambil iktibar.
.....................................................................................................................................................
........dan jawapan-jawapan yang seterusnya sehingga sampai kepada giliran saya...
Apa yang saya jawab???
1.       Saya bersyukur kerana dapat melanjutkan pelajaran ke luar negara kerana dahulunya saya tahu bahawa saya tidak layak untuk pergi ke sana. Keputusan SPM dahulu memang tidak langsung membolehkan saya mendapat peluang sebegini. Alhamdulillah.
2.       Saya rasa sangat bersyukur kerana akhirnya saya telah sampai di Istana AL-Hambra. Dahulunya, saya hanya dapat melihat dari gambar sahaja tetapi kini saya diberi peluang menjejakkan kaki ke istana tersebut. Akhirnya, impian saya sudah tercapai...

Perbincangan kami tidak berhenti setakat di situ sahaja. Masih banyak lagi topik-topik yang telah kami bincangkan bersama. Usai sahaja perbincangan kami, saya mula berfkir. Masih ada perkara yang lebih penting untuk saya syukuri.

Di sini, saya senaraikan 10 perkara yang paling saya SYUKURI dalam hidup saya.
v  Saya bersyukur kerana Allah belum menarik nyawa saya dan memberi peluang kepada saya untuk menebus kembali dosa-dosa yang telah saya lakukan dan memperbanyakkan amal ibadat.
v  Saya bersyukur kerana dilahirkan sebagai orang Islam.
v  Saya bersyukur kerana saya masih lagi dapat makan 5 kali sehari dan mempunyai tempat tinggal yang tetap dan selesa.
v  Saya bersyukur kerana masih dipertemukan dengan Ramadhan kali ini.
v  Saya bersyukur kerana saya diberi peluang untuk mempelajari ilmu Allah.
v  Saya bersyukur kerana mempunyai ayah dan ibu sebagai pembimbing dalam kehidupan saya.
v  Saya bersyukur kerana dikurniakan keluarga yang besar dan hidup dalam keadaan aman dan harmoni.
v  Saya bersyukur kerana berpeluang melihat sendiri kuasa ciptaan-NYA dengan berlakunya perubahan 4 musim di luar negara dan melawat negara-negara yang dahulunya pusat perkembangan Islam.
v  Saya bersyukur kerana berada di kalangan kawan-kawan yan banyak membantu dan memberikan bantuan dan sokongan kepada saya.
v  Saya bersyukur kerana diberi peluang untk mengenali binatang peliharaan yang bernama kucing. Saya sayang kucing saya!

Saya sudah. Anda pula bagaimana? Sudahkah anda semua menyenaraikan perkara-perkara yang anada syukuri selama anda hidup?..Jom sama-sama kita syukuri nikmat yang telah diberikan kepada kita.

Alhamdulillah...Amin..

Wednesday, August 25, 2010

~kOsOnG~

Tuesday, August 3, 2010

~zAmAn SeKoLaH~

Sejenak saya duduk berehat, teringat akan zaman persekolahan. Zaman di mana saya mula belajar mengenal erti kehidupan. Kawan-kawan yang selalu membantu dan memberi dorongan dan sokongan di kala saya menghadapi kesusahan.

Pada setiap hujung minggu, menjelang waktu maghrib dan isya’, kami semua (pelajar lelaki dan perempuan) akan berkumpul di surau untuk menjalankan aktiviti keagamaan seperti ceramah, forum dan sebagainya. Sementara menunggu ustaz atau ustazah samapi untuk memberi ceramah, kami akan berzikir atau bernasyid bersama-sama. Antara salah satu lagu yang dinasyidkan adalah lagu yang di bawah ini. Saya kurang pasti ketika bila lagu ini diperkenalkan kepada saya. Sama ada ketika saya di tingkatan dua atau tiga.

Yang pasti lirik lagu ini telah menyentuh hati saya dan saya berharap agar saya dapat mengambil iktibar dari lagu ini untuk sepanjang hayat saya.


Tuhan,
Terimalah, ibadahku yang tidak sempurna..
Ia serba kekurangan dan banyak cacat celanya
Tapi apakan daya,
Ini yang ku mampu mempersembahkannya,
kepadaMU

Telah ku cuba,
Sepenuh hati
Tapi masih tak lagi sempurna
Aku harap dengan rahmatMu
Terimalah jua ibadahku
Aku tetap tidak jemu
Ku teruskan walau tidak meningkat
Aku tetap istiqamah

Kasihanilah aku Wahai Tuhan
Hamba yang lemah ini
KeampunanMU yang kuharapkan
Siapa lagi yang akan membelaku
Kalau engkau tidak membelanya

Aku kan hambaMU jua
Aku ciptaanMU jua
Kalau Engkau selamatkan
Engkau tidak akan rugi
KebesaranMU akan,
Tetap sempurna

Ampunilah Wahai Tuhan
SEGALA DOSAKU....

9.39pm,2/8/2010.