Thursday, January 14, 2010

~KeCaNtiKkAn Vs KeGaGaHaN~

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah,Yang Maha Penyayang

Kali ini saya nak menceritakan sedikit tentang kecantikkan dan kegagahan.Apa yang sahabat-sahabat terfikir tentang 2 perkataan ini...mesti sahabat-sahabat terfikir bahawa kecantikkan itu terletak pada wanita dan kegagahan merupakan simbolik pada seorang lelaki...tapi entry kali menyongsang dari apa yg difikirkan.....info ni saya dapat dari seorang kawan..jadi saya kongsi2 la ye......

Nak tahu dimana Kecantikan Lelaki????

Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni
rohani. Lelaki yang cantik adalah:-

  • Lelaki yang mampu mengalirkan air mata untuk ingatan.
  • Lelaki yang sedia menerima segala teguran.
  • Lelaki yang memberi madu, setelah menerima racun.
  • Lelaki yang tenang dan lapang dada.
  • Lelaki yang baik sangka.
  • Lelaki yang tak pernah putus asa.

Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati. Seluruh kecantikan yang
Ada pada Nabi Muhammad adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki...


Dan dimana Kegagahan Wanita???

Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan, tetapi pada
kekuatan perasaan. Perempuan yang gagah adalah:-

  • Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan.
  • Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan.
  • Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan.
  • Perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan.


Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman. Seluruh kegagahan yang ada pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.

So,adakah kita kegagahan dan kecantikkan itu terletak dalam diri kita??? fikir-fikirkan dan renung-renung kembali diri kita......


Sabda Rasulullah S.A.W :"Sebarkanlah ajaranku walaupun satu ayat "

Firma Allah S.W.T : "nescaya Allah akan memperbaiki amal-amalmu dan mengampuni dosa-dosamu.Dan barang siapa mentaati Allah dan RasulNYa,maka sungguh,dia menang dengan kemenangan yang agung." (33:71)




1 comment:

  1. best2..sama2 lah kita menjadi muslim n muslimah yg gagah~Allahuakbar!!!

    ReplyDelete