Friday, December 2, 2011

~Berjalan Menuju Mardhatillah~

Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah, dalam beberapa minggu yang lepas,saya dan beberapa rakan yang lain berpeluang berjalan-jalan menikmati keindahan alam ciptaan Yang Maha Agung.

Perjalanan mencari ilmu dan redha Ilahi, harapnnya semoga diberkati dan diambil kira sebagai salah satu amalan yang akan memberatkan timbangan pahala semasa di Padang Mahsyar nanti, insyaAllah.

Semasa perjalanan pulang, kami mendapat peluang untuk duduk di 'Coach 1st Class'. Alhamdulillah, rakan-rakan yang lain pun gembira dan teruja untuk naik coach tersebut. Perjalanan menuju Coach 1st Class menyebabkan kami dikehendaki melintasi beberapa standard coach yang lain kerana coach 1st Class agak kebelakang sedikit.

Mungkin la kan jauh, sebab special la katakan. 1st lagi tu..=) Dalam perjalanan tu, tiba-tiba terfikir, perjalanan yang jauh menuju coach 1st class. Melalui jerih dan payah berjalan semata-mata untuk duduk dalam coach tersebut. Apabila dfikirkan, samalah juga dengan kehidupan kita.

( Macam ni la keadaan coach train yang kitorg naik. Siap dapat air kopi dan snack free.=) )
 
Berlumba-lumba mengejar kebaikan untuk mendapat syurga Allah. Tapi, syurga Allah itu kan mahal? Sama la macam harga tiket 1st class kan? Dengan melalui kepayahan kehidupan, pengalaman pahit dan manis mentarbiyyah diri menjadi seorang muslim, mu'min dan insyaAllah seorang yang muttaqin di mana penghujungnya nanti mengharap keredhaan Allah.

Sekecil-kecil perkara kalau kita dapat kaitkan kehidupan kita dengan Pencipta kita, Subhanallah. Alangkah indahnya rasa itu. Seperti mendapat satu pengiktiran/anugerah yang terhebat untuk diri sendiri. MasyaAllah. Marilah kita bersama-sama mencari walau sekecil mana pun peluang yang datang kepada kita berkat dan rahmat disebaliknya.

"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka. Mereka berperang di jalan Allah sehingga mereka membunuh atau terbunuh, (sebagai) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al-Quran. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya selain Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang agung."
(Surah At-Taubah 9 : 111)

Muslim yang mu'min, mu'min yang muttaqin, insyaAllah akan sentiasa berfikiran positif dengan Allah dalam apa jua yang berlaku dalam kehidupannya.

Wallahu'alam.

Salam Jumaat. =)

No comments:

Post a Comment