Wednesday, February 3, 2010

~LaKsA jOhOr Di Uk~

salam perpaduan

Kali ini, aktiviti masak memasak bersambung kembali...
Tetiba rasa nak makan laksa..hehe...
so, lepas ini siapa-siapa yang teringin nak makan laksa,boleh la mencuba resepi ni....

Bahan A:
-ikan mackerel (2 ekor)

Bahan B:
-bawang merah
-bawang putih
-halia
-cili basah

Bahan C:
-santan
-serbuk kari
-gula
-garam
-air

Mula-mula, rebus dulu ikan. Selepas itu, buang segala tulang belulang dan campurkan air rebusan tadi kemudian kisar.
Kesemua bahan B dikisar dan ditumis...kalau ada serai, boleh la letak..tapi disebabkan tak ada serai,so teruskan je la proses memasak tu..
Bila dah naik bau, masukkan air ikan yang telah dikisar tadi bersama-sama airnya.
Biarkan kuah tadi mendidih...Akhir sekali masukkan santan,gula,garam dan serbuk kari.
Kalau ada bunga kantan, boleh la masukkan sekali.....
SIAP!!!!

Selamat mencuba..!!

p/s:dayah,ak da post resepi ini,so boleh la cuba ye..hehehe...

1 comment: