Friday, January 28, 2011

Mencontohi Keperibadian Rasulullah S.A.W

Assalamualaikum wbt

" Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah.
(Surah Al-Ahzab : 21)


Sebagai insan yang dikatakan beriman dengan junjungan mulia, Nabi Muhammad S.A.W, kita juga disarankan untuk mencontohi peribadi baginda. Rasulullah S.A.W hendaklah dijadikan sebagai idola dalam kehidupan kita bukanlah dengan menjadikan Ana Raffali yang mengekalkan status baju kurung pada pakaiannya, Justin Bieber yang terkenal dengan suaranya yang lantang dalam usia muda, bahkan bukan juga Lee Min Ho yang mempunyai paras rupa menarik yang mampu menggugat jiwa mana-mana wanita.i.

Sesungguhnya Rasulullah S.A.W adalah insan yang paling layak sekali mendapat tempat pertama di hati kita sebagai umatnya.Kali ini, saya nak membawa anda semua meneyulususi sifat-sifat peribadai Rasulullah yang patutdan perlu dicontohi oleh kita semua.

Antara sifat-sifat peribadi Rasulullah yang sepatutnya menjadi ikutan kita adalah :
  1. Hamba yang Bersyukur
  • Apabila baginda mendapat khabar gembira, baginda bersujud mensyukuri nikmat Allah. ( HR Tarmizi & Ibnu Majah ) 
  • Begitu hebat keperibadian Rasulullah S.A.W apabila Rasulullah masih bangun malam untuk melakukan qiyamullail sedangkan baginda sudah dijamin oleh Allah S.W.T untuk menjadi penghuni Jannatul Firdausi. 
  • Sayidatinah Aisyah ra ada meriwayatkan yang maksudnya: 'Bahawa Rasulullah saw bangun sebahagian daripada malam bersembahyang hingga bengkak kedua-dua kakinya, maka aku (Aisyah) berkata kepada baginda, mengapa Rasulullah lakukan itu semua, bukankah dosa tuan telah diampunkan oleh Allah sama ada yang terdahulu ataupun yang terkemudian? Baginda menjawab: 'Salahkah aku menjadi hamba-Nya yang bersyukur?'.'
  • Hati Rasulullah amat peka terhadap apa jua nikmat yang dikurniakan Allah. Lifaz baginda selalu melafazkan kesyukuran dan tubuh badan baginda tidak pernah letih daripada melakukan pengorbanan.
  • Baginda akan melakukan amal yang diredhai Allah S.W.T ketika baginda senang mahupun susah. Susah bukanlah menjadi penghalang untuk melakukan ibadah kepada Yang Maha Qadim malah, makin bertambah-tambah amalan yang dilakukan.
  • InsyaAllah, semoga mereka yang selalu bersyukur dan memuji akan kebesaran dan keagungan Allah S.W.T akan diberikan ganjaran yang besar di akhirat kelak.
    
     2. Sabar dan solat
  •  Apabila baginda gelisah dan mendapat sesuatu masalh baginda akan melakukan solat. (HR Ahmad & Abu Daud )
  • Allah berfirman, " Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar.(Al-Baqarah: 153)
  • Setiap ujian yang didatangkan daripada Allah SWT kepada hamba-hambanya bukanlah untuk diabaikan dan menganggap semua perkara itu menyusahkan hidup tetapi sedarlah bahawa setiap ujian yang didatangkan bertujuan untuk menaguji tahap keimanan seorang hamba.
  • Janganlah kita mengeluh dan mengadu bahawa kita tidak mampu untuk melakukan sesuatu pekerjaan sedangkan Allah tidak menguji hambanya dengan sesuatu yang tidak mampu dilakukan olehnya. Jadikan ujian yang mendatang sebagai satu inspirasi dan semangat untuk menjadikan diri kita seoarng yang lebih proaktif dan menjadi insan yang lebh cemerlang kelak.
  • Hubungan dengan Allah dan solat sebagai penghubung antara hamba dan Tuhannya banyak membantu kita semua menghadapi setiap detik kesusahan yang dialami.
  • Jiwa akan merasai dengan adanya Allah SWT di sisi dan merasakan setiap perbuatan diperhatikan.

    3.    Doa
  • Rasulullah S.A.W apabila berdoa, beliau mulai dengan berdoa untuk dirinya. (HR Abu Daud)
  • Baginda juga berdoa supaya diperelokkan akhlak, walaupun akhlak baginda adalah yang terbaik. 
  • Doa melihat cermin : ( اَللّهُمَّ  كَمَا حَسَّنْتَ خَلْقِى فَحَسّنْ خُلُقِى   Maksudnya : “Ya Allah Ya Tuhanku sebagaimana Engkau telah memperelokkankan kejadianku , maka hiasilah budi pekertiku dengan akhlak yang baik”. 
  • "Dan Engkau (Wahai Muhammad) sesungguhnya mempunyai akhlak yang tinggi." ( Al-Qalam : 4)
  • Apabila ditanyakan kepada Saidatina Aisyah r.a , bagaimanakah akhlak Rasulullah? Maka beliau menjawab, akhlah baginda adalah Al-Quran.
  • Sungguh mulianya keperibadian Rasulullah jika nak dibandingkan dengan kita sebagai umatnya.
  • Doa Rasulullah S.A.W mengenai peradaban ataupun akhlak mulia : 
  • Hendaklah kita selalu berdoa dan menjadikan doa itu sebagai perisai dan benteng kehidupan kita daripada segala kejahatan dan kemungkaran. 
     
 4.   Membaca Al-Quran
  • Al-Quran merupakan kalam Allah yang diwahyukan kepada umat Nabi Muhammad S.A.W sebagai petunjuk dan pedoman dalam kehidupan.
  • Adalah Rasulullah s.a.w. membaca al-Quran dengan lambat, apabila melewati ayat yang mengandungi tasbih, baginda bertasbih. Apabila melewati ayat yang mengandungi permohonan, naginda memohon, apabila melewati ayat yang mengandungi perlindungan, baginda meminta pertolongan. (HR Muslim). 
  • Marilah kita memperbanyakkan membaca al-quran dan seterusnya memahami setiap bait-bait yang tertulis di dalamnya. Banyak hikamh dan pengajaran yang boleh kita jadikan teladan dan rujukan.

     5.    Sambutan Hari Raya
·         Rasulullah S.A.W sebelum berangkat menunaikan soalat aidilfitri, baginda akan makan  terlebih dahulu dan jika hari aidiladha, baginda akan makan selepas solat. (HR Ahmad & Tarmizi )

     6.    Memulakan perjalanan
·         Rasulullah S.A.W sangat menyukai untuk memulakan setiap pekerjaannya dari sebelah kanan sama ada dalam bersuci, menyisir rambut dan memakai sepatu
·        
    Setiap pekerjaan juga hendaklah dimulakan dengan basmallah dan disertai    dengan bacaan doa. Maka dengan itu, setiap perbuatan yang dilakukan mendapat pahala serta mendapat keberkatan daripada Allah.

Sebagai insan yang bergelar umat nabi terakhir, iaitu Nabi Muhammad S.A.W, marilah kita sama-sama mempraktikkan sunnah nabi dalam kehidupan.

Wallahualam.

“Ke Arah Memartabatkan Sunnah Rasulullah dalam Kehidupan”

1 comment:

  1. assalamualaikum wrm....
    mabruk sis,suka sangat entry ni sebab mmg inilah contoh suri teladan tang terbaik:)
    kita kena memupuk diri n masyarakat unk jadikan baginda sebagai suri teladan yang syumul iaitu dalam semua aspek,mungkin ada idola2 yang hebat masa ni,tapi adakah mereka suri teladan unk keseluruhan hidup?huhuT_T...
    wallahualam.
    iAllah nanot,jmpa lagi:)

    ReplyDelete